Knowledge of The Future

Kata-kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar

KATA-KATA PUJIAN DAN PENINGKATAN

PRESTASI AKADEMIK PELAJAR


Dorongan dan motivasi melalui kata-kata yang diucapkan dari hati yang ikhlas dan tulus oleh ibu bapa atau mana-mana pihak lain mampu mendorong minat dan kesungguhan untuk belajar dalam kalangan pelajar. Pandangan ini disokong oleh pelbagai teori berkaitan pembelajaran dan motivasi yang pernah dilahirkan sebelum ini. Bagi penganut Islam, kata-kata rangsangan yang dilafazkan oleh ibu bapa adalah umpama doa untuk kejayaan anak-anak mereka. Dengan melihat kepada beberapa orang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar cemerlang, buku ini merakamkan pelbagai kata-kata, terutama kata-kata berbentuk pujian adan nasihat yang dipercayai mampu memberikan dorongan dan motivasi untuk membentuk pelajar yang cemerlang. Ia turut membincangkan tentang kata-kata berbentuk rangsangan, khususnya kata-kata nasihat, dan kepentingannya dalam meningkatkan prestasi pelajar di dalam peperiksaan. Diharapkan apa yang dipaparkan dalam buku ini akan dapat dikongsi dan dipraktikkan dengan penuh yakin oleh ibu bapa dan semua pihak demi kejayaan para pelajar.

Abang Ishar Abang Yaman mempunyai ijazah dalam Pengajian Islam dari Indonesia dan telah memperolehi ijazah Sarjana Sains dari Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 2009. Beliau telah menggunakan pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang dakwah semasa bertugas di HIKMAH, Sarawak untuk mengkaji kaitan antara kata-kata pujian dengan prestasi akademik pelajar dalam pengajian sarjan beliau.

Rusli Ahmad merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak. Selain terlibat dalam buku ini, beliau sudahpun menerbitkan buku berkaitan prestasi pekerja dan nilaian prestasi pekerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: